JOHOR BAHRU: Seramai 19 penumpang berdepan detik cemas selepas sebuah bas pekerja dan bas penumpang terlibat kemalangan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi itu berlaku di lot parkir laluan bas di BSI menghala ke Singapura.
"Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila bas pekerja itu mengundur dari lot parkir dan terlanggar bas penumpang (bas henti-henti) yang sedang bergerak lurus.
"Bas pekerja berkenaan membawa tujuh penumpang manakala bas penumpang tersebut pula sedang membawa 12 penumpang.
"Seorang penumpang wanita bas penumpang berusia 28 tahun cedera ringan dan menerima rawatan di zon hijau Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 112 LN 170/59 iaitu kesalahan mengundur.
"Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Norijan Sharkawi menerusi talian 013-2623176," katanya.
Sejak pagi Isnin, tular beberapa keping gambar berhubung insiden kemalangan dua buah bas berkenaan di Tambak Johor tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024
Cermin tingkap bas penumpang pecah selepas dilanggar bas pekerja yang sedang mengundur di CIQ BSI, Johor Bahru pada Isnin. - Foto/ Media sosial
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
Penumpang cedera, dua bas kemalangan di Tambak Johor
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi itu berlaku di lot parkir laluan bas di BSI menghala ke Singapura.
Johor sedia aktif laluan kontra CIQ BSI, KSAB tangani kesesakan
Kerajaan Johor bersedia mengaktifkan laluan kontra di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Kesesakan di Tambak Johor semakin berkurang, kata PM Anwar
Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Usaha Johor kurangkan kesesakan di Tambak, Linkedua jimat 2 jam masa perjalanan
Usaha kerajaan Johor menyuraikan kesesakan di Tambak Johor di sini dan Linkedua di Iskandar Puteri berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya dua jam masa perjalanan.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.